Sunday, October 16, 2011

NOH OMAR Cabar Khalid Gagap!!! Ada Brannnn Khalid??

Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar mencabar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyenaraikan nama Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dikatakan menerima insentif kerana menjalankan tugas dengan rajin seperti diluluskan pada sidang Dewan Undangan Negeri, Mac lepas.

Beliau berkata cabaran itu berikutan sikap hipokrit pembangkang yang menolak
cadangan kenaikan elaun anggota parlimen dalam Belanjawan 2012, sedangkan Adun di Selangor sendiri menerima kenaikan RM2,000 bermula Januari tahun ini yang dibayar secara tunggakan.

Anggota Parlimen Tanjung Karang itu berkata apabila soal kenaikan elaun tersebut dibangkitkan, Abdul Khalid menafikannya dan mendakwa pembayaran berkenaan adalah insentif bagi Adun yang rajin dan melawat kawasan
sekurang-kurangnya lima kali sebulan.

"Kalau benar ia bukan kenaikan elaun, saya cabar Khalid untuk umum dengan segera berapa ramai Adun Selangor yang layak dan tidak layak terima insentif.
Selain itu, jawatankuasa apa yang membuat pemantauan dalam penilaian ini?," katanya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment